My Add

Tuesday 4 December 2012

Bapa rayu MPM segerakan semakan keputusan UPSR

ALOR SETAR, ISNIN, 03 Disember, 2012: Seorang bapa dari Taman Cahaya, Jitra merayu kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) supaya menyegerakan semakan keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anaknya sebelum 10 Disember ini supaya berpeluang melanjutkan ke sekolah berasrama penuh tahun hadapan.

Ulon Azmi Harun, 62, berkata jika keputusan semakan UPSR itu lambat dikeluarkan menyebabkan peluang anaknya Annamirah, 12, dari Sekolah Kebangsaan Ahmad Tajuddin, Jitra tidak berpeluang memasuki sekolah asrama penuh.

Katanya, keputusan percubaan UPSR anak tunggalnya itu cemerlang iaitu 5A dan apabila keputusan sebenar hanya mendapat 4A 1B.

Dia kemudiannya dinasihatkan oleh guru supaya menghantar permohonan kepada MPM untuk melakukan semakan segera jika terdapat kesilapan mengenai keputusan itu.

Ulon Azmi sudah menghantar surat permohonan semakan keputusan peperiksaan itu kepada MPM pada 20 November lalu.

"Kalau MPM lambat hantar keputusan susahlah. Tak ada guna buat rayuan jika keputusan itu lambat diketahui sebab permohonan untuk masuk ke sekolah asrama penuh akan tamat 10 Disember ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Justeru beliau merayu kepada MPM supaya memaklumkan segera keputusan semakan bagi membolehkan anaknya layak memohon ke sekolah berasrama penuh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment