My Add

Monday 3 December 2012

Peniaga tidak sangka jadi pengunjung ketiga juta

KUALA LUMPUR, AHAD, 02 Disember, 2012: Pengalaman pertama berkunjung ke Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2012) di sini ternyata membawa tuah kepada seorang peniaga dari Pulau Pinang apabila diumumkan sebagai pengunjung ketiga juta pada pameran tersebut yang berakhir semalam.

Sempena pemilihan itu, Anas Izzuddin Mohd. Taufek (gambar), 25, diraikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar pada majlis penutup MAHA 2012 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

"Sememangnya saya tidak menyangka akan menjadi pengunjung ketiga juta dan ini tentunya amat menggembirakan," katanya.

Sebagai pemenang, Anas Izzuddin membawa pulang hadiah motosikal roda tiga Honda EX5, Ipad, beras sebanyak 40 kampit serta hamper. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment