My Add

Monday 3 December 2012

BN perlu majoriti dua pertiga bentuk kerajaan mantap: Shafie Apadal

KUALA LUMPUR, AHAD, 02 Disember, 2012:: Barisan Nasional (BN) perlu memastikan kemenangan majoriti dua pertiga bagi membentuk sebuah kerajaan yang mantap dan kuat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, dengan adanya sebuah kerajaan yang mantap dan kuat, pelaksanaan dasar dan hala tuju negara akan dapat dijalankan dengan sempurna.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pengalaman beberapa negara dunia di mana kerajaan yang tidak begitu tinggi majoritinya, jelas menunjukkan bahawa keupayaan negara itu untuk maju ke depan telah terjejas.

"Yang akan menerima padahnya bukan setakat negara itu bahkan juga rakyatnya.
"Memenangi pilihan raya kali ini boleh menentukan nasib negara, ke arah mana yang kita akan tuju, pembangunan corak macam mana, adakah yang mundur, terbantut atau yang meningkat," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran buku 'The Magical Four Seasons' dan 'Be Healthy and Stay Fit' di sini hari ini.

Kedua-dua buku itu adalah hasil karya Datin Seri Shuryani Shuaib, yang juga isteri Mohd Shafie.

Menurut Shuryani, penerbitan buku itu bertujuan mengutip dana bagi mengisi tabung Yayasan Semporna untuk disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan di kawasan Semporna, Sabah. 

Sebanyak 1,000 naskhah buku itu diterbitkan dan dijual dengan harga RM100 dan boleh didapati di kedai buku Borders dan MPH.

"Saya suka menulis dan saya ada banyak masa terluang setelah anak-anak membesar dan saya juga banyak mengikut suami ke luar negara, dan saya selalu buat catatan.

"Buku 'Magical Four Seasons' banyak menceritakan pengalaman saya ketika menuntut di luar negara dan juga pengalaman hidup. Banyak pedoman dan nasihat yang saya gunakan dalam karya ini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment