My Add

Wednesday 26 December 2012

Dedah transaksi jual tanah balak

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU, SELASA, 25 Disember, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan Pas Kelantan mendedahkan secara terperinci 'transaksi komersial' bernilai RM30 juta hasil daripada penjualan syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd., kepada dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, berdasarkan maklumat dalaman yang diperolehnya, syarikat tersebut dimiliki oleh taikun balak sebelum dijual kepada kedua pemimpin DAP tersebut.

Beliau berkata, pihaknya turut difahamkan syarikat tersebut hanya membayar premium sebanyak RM2 juta kepada kerajaan Pas Kelantan dan RM1.8 juta kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) hasil daripada pajakan tanah balak itu.

"Jika benar berlaku, bayaran kira-kira RM4 juta tidak berbaloi dengan tanah seluas 4,592 hektar untuk tempoh 50 tahun, maka disebabkan itu kami mahu kerajaan Pas Kelantan dedahkan kepada rakyat daripada transaksi sebanyak RM30 juta itu berapa yang diperoleh kerajaan negeri serta YIK. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment