My Add

Wednesday, 26 December 2012

Deepak, Guan Eng, Gobind dan Tony perlu buat penjelasan

KUALA LUMPUR, SELASA, 25 Disember, 2012: Dakwaan pemimpin pakatan pembangkang menjelaskan hutang ahli perniagaan, Deepak Jaikishan berjumlah RM170 juta kepada Kuwait Finance House menimbulkan pertanyaan berhubung syarat yang dikenakan pihak berkenaan kepada Deepak.

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, dakwaan itu turut mencetus persoalan sama ada perkara tersebut berkait rapat dengan permohonan keahlian Deepak dalam DAP.

Dalam hubungan itu, Lum Yong mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan berapa lamakah hubungan sulit 'politik' yang terjalin antara Deepak dengan pemimpin-pemimpin dalam pakatan pembangkang.

"Kita desak Guan Eng memberitahu status Deepak dalam DAP. Apakah Deepak akan menyertai DAP selepas hutangnya dengan Kuwait Finance House dilangsaikan pakatan pembangkang atau keahliannya akan diterima sebelum atau selepas pilihan raya umum akan datang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment