My Add

Wednesday, 26 December 2012

Guan Eng cuba alih isu balak - Ali Rustam

NIBONG TEBAL, SELASA, 25 Disember, 2012: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didesak memberi penjelasan berhubung dakwaan dua pemimpin parti itu di Perak yang ditawarkan tanah bernilai lebih RM30 juta di Gua Musang, Kelantan sebagai syarat menerima wakil Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.

Tindakannya menggesa kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam kitab Injil versi Bahasa Melayu di Semenanjung dilihat sebagai cubaan untuk mengalihkan isu berkenaan daripada rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Guan Eng perlu menyatakan siapa dalang dalam sebuah syarikat yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.

"Biarkan dia (Guan Eng) berseorangan bercakap (isu perkataan Allah). Kita nak tanya dia isu balak ini macam mana kesudahannya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment