My Add

Sunday 2 December 2012

Tubuh pusat pemulihan pondan dan pengkid

KUALA LUMPUR, SABTU, 01 Disember, 2012: Kerajaan dicadang menubuhkan sebuah pusat pemulihan dan latihan untuk golongan pondan dan pengkid bagi menjayakan usaha menyekat amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Perwakilan Pulau Pinang, Mohd. Shaharudin Mohd. Hassan Tajudin turut meminta kerajaan meningkatkan kefahaman pelajar sekolah berhubung fahaman pluralisme, liberalisme dan ajaran-ajaran sesat.

"Asas agama Islam perlu diterapkan dalam kalangan remaja dengan mewajibkan mereka menghadiri kelas agama supaya dapat melahirkan generasi celik al-Quran dan mempunyai asas pengetahuan agama yang tinggi,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment