My Add

Sunday 2 December 2012

Najib gesa ahli sokong sepenuhnya calon yang dipilih

KUALA LUMPUR, SABTU, 01 Disember, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) mampu memenangi majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) jika ahli-ahli UMNO menyokong sepenuhnya calon yang dipilih oleh parti.

Presiden UMNO berkata, beliau percaya bahawa pihak pembangkang tidak mempunyai cukup kekuatan serta yakin rakyat akan berpihak kepada BN.

"Cuma saya khuatir sedikit sahaja (iaitu) soal kita sesama kita... Soalan cepu emasnya, kalau anda tidak terpilih sebagai calon, adakah anda akan sokong sepenuhnya calon yang dipilih oleh UMNO dan BN?" tanya beliau.

Najib berkata demikian dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, terdapat lima kemungkinan jawapan bagi menjawab soalan cepu emas tersebut iaitu sokong sepenuhnya, sokong, tidak melakukan kerja, sabotaj atau melompat parti.

"Jawapan yang kita nak ialah "saya tetap sokong sepenuhnya calon yang dipilih oleh UMNO, BN,"" kata beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment