My Add

Sunday 2 December 2012

PM hargai Mahathir, Abdullah

KUALA LUMPUR, SABTU, 01 Disember, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengambil kesempatan ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini untuk menghargai jasa dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Presiden UMNO itu berkata, Dr. Mahathir secara sukarela sanggup berjumpa dengan semua pemimpin-pemimpin UMNO di seluruh negara untuk memberitahu kenapa mereka perlu sokong UMNO bukan individu demi memastikan parti terus berkuasa dan perjuangan diteruskan.

''Beliau bagi contoh cukup menarik, saya dapat feedback dalam perjumpaan-perjumpaan beliau secara tertutup, Tun kata, walaupun si polan-si polan ini beliau tidak suka tetapi kalau Presiden parti pilih beliau tetap akan menyokong, terima kasih Tun,'' katanya.

Selain itu, kata Najib, beliau terhutang budi kepada Abdullah atas sokongan yang diberikan secara berterusan.

''Teristimewa sekali atas dua perkara, yang pertama beliau sanggup melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden mengikut tradisi parti dengan cara begitu baik dan kedua, masa beliau serah jawatan pada saya, beliau (berpesan) mahu saya melakukan lebih baik daripada beliau,'' kata Perdana Menteri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment