My Add

Monday, 20 January 2014

18 maut dalam kejadian rempuhan

 
*  BERIBU-RIBU pengikut Syedna Mohammed Burhanuddin berhimpun di kediamannya untuk memberi penghormatan terakhir kepada ulama terkemuka India itu di Mumbai, semalam. - AGENSI
MUMBAI, AHAD, 19 Januari, 2014- Sekurang-kurangnya 18 orang terkorban dan lebih daripada 50 orang lagi cedera dalam satu kejadian rempuhan di sini semalam, selepas beribu-ribu orang berkumpul dan berkabung atas kematian seorang ulama terkenal India, Syedna Mohammed Burhanuddin.

Kejadian rempuhan itu berlaku di luar rumah pemimpin komuniti Islam Dawoodi Bohra itu, yang meninggal dunia pada usia 102 tahun di Bukit Malabar.

Beliau meninggal dunia pada Jumaat lalu dan jenazahnya ditempatkan di rumahnya bagi memberi peluang kepada pengikutnya untuk memberi penghormatan terakhir.

Menurut seorang saksi, orang ramai yang sedang berkabung berkumpul di hadapan pintu rumah itu ketika kejadian rempuhan berlaku.

''Terlalu ramai orang datang ke rumah berkenaan dan kerajaan serta polis sepatutnya berada di tempat kejadian bagi mengawal keadaan,'' tambah sumber itu.

Pesuruhjaya Polis Mumbai, Satyapal Singh berkata, pihaknya dan penganjur tidak menjangkakan jumlah mereka yang hadir begitu rama

Sementara itu, menurut pegawai, beberapa orang yang cedera sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital berdekatan.

Lewat petang semalam, berpuluh-puluh ribu orang berbaris di sepanjang jalan menuju ke tapak perkuburan di selatan Mumbai, di mana jenazah ulama tersebut disemadikan bersebelahan kubur bapanya. - REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment