My Add

Saturday, 18 January 2014

Anggota Rela terlibat jenayah diambil tindakan tegas

PASIR MAS, SABTU, 18 Januari, 2014: Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang didapati terlibat melakukan kesalahan tata tertib dan jenayah bakal berdepan dengan tindakan tegas termasuk dilucutkan keanggotaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, walaupun jumlah anggota yang dikenakan tindakan tersebut sangat kecil namun pihaknya tetap memandang serius perkara itu.

Beliau berkata, bermula pada tahun ini pihaknya akan membuat tapisan keselamatan sebelum mengambil anggota baru menyertai jabatan berkenaan.

"Tapisan keselamatan itu untuk mengenal pasti sama ada anggota tersebut mempunyai rekod jenayah lampau atau tidak termasuk sama ada terlibat dengan aktiviti penagihan dadah.

"Tapisan keselamatan ini juga melibatkan anggota sedia ada di mana kita mahu memastikan mereka bebas daripada unsur-unsur negatif," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Anggota Kumpulan Pengurusan Bencana Rela Daerah Pasir Mas dan Rantau Panjang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment