My Add

Friday, 24 January 2014

Cubaan rompak mesin ATM gagal

KOTA BHARU, JUMAAT, 24 Januari, 2014: Sekumpulan pencuri amatur terpaksa berputih mata apabila cubaan memecahkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di hadapan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Nilam Puri di sini semalam, gagal.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, suspek dipercayai menyembur cat hitam pada kamera litar tertutup (CCTV) dan mencabut wayar penggera sebelum membakar mesin ATM tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, wang tunai sebanyak RM368,660 gagal dilarikan mungkin kerana suspek berputus asa dan kemudiannya melarikan diri apabila mesin tersebut tidak dapat dipecahkan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment