My Add

Friday, 17 January 2014

JPJ Sarawak sasar sifar kemalangan bas ekspres

KUCHING, JUMAAT, 17 Januari, 2014: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menyasarkan sifar kemalangan bas ekspres sepanjang Ops Tahun Baharu Cina yang dilancarkan serentak di seluruh negara dari 24 Januari hingga 9 Februari ini.

Ketua Penolong Pengarah JPJ Sarawak, Kuek Jui Hock berkata, sepanjang tempoh itu 150 pegawai dan anggota penguat kuasa JPJ akan dikerah di seluruh negeri bagi menjayakan operasi berkenaan.

Menurutnya, 50 anggota penguat kuasa juga akan terbabit dalam operasi penyamaran bergambar bagi mengesan pemandu yang melakukan kesalahan trafik dan beberapa lokasi telah pun dikenal pasti.

"Pihaknya memberi tumpuan pada bas ekspres disebabkan membawa banyak penumpang dan pegawai penguat kuasa akan menyamar sebagai penumpang bas ekspres dan bas berhenti-henti di seluruh negeri bagi mengesan pemandu bas yang melakukan kesalahan trafik.

"Tujuan operasi bukan untuk mencari kesalahan tetapi lebih kepada mengurangkan kemalangan, kecederaan dan kematian akibat kemalangan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. .

Di samping itu, beliau berkata, pemeriksaan teknikal dan bukan teknikal juga akan dilakukan di terminal bas Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu bagi memastikan brek bas berfungsi dengan baik dan tayar dalam keadaan yang masih selamat untuk digunakan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment