My Add

Monday, 20 January 2014

MCA setuju terima jawatan Exco Melaka

MELAKA, ISNIN, 20 Januari, 2014: MCA bersetuju memberi kebenaran bagi melantik dua wakil daripada parti itu untuk menduduki jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam kerajaan negeri yang masih dikosongkan.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan tersebut yang akan diumumkan sendiri Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron tidak lama lagi.

''MCA akan terus memainkan peranan penting dalam kerajaan BN negeri,'' katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjung hormat ke atas Idris di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment