My Add

Monday, 20 January 2014

Mohammed Mursi dituduh hina badan kehakiman Mesir

KAHERAH, ISNIN, 20 Januari, 2014: Bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi akan dibicarakan atas pertuduhan baharu atas kesalahan menghina badan kehakiman negara ini.

Menurut sumber kehakiman Mesir semalam, Mursi akan dibicarakan bersama 24 orang lagi termasuk aktivis yang menentang beliau kerana didakwa memberi komen dalam media dan internet yang menunjukkan rasa‘ tidak hormat dan kebencian ke atas mahkamah dan badan kehakiman.'

Bagaimanapun tidak dinyatakan secara jelas sama ada kesemua defendan akan dibicarakan serentak. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment