My Add

Monday, 20 January 2014

Operasi mencari mangsa lemas dipertingkat

BALIK PULAU, ISNIN, 20 Januari, 2014: Operasi mencari dan menyelamat Ku Muhmad Ilyas Ku Abdul Halim, 19, yang masih hilang selepas dipercayai lemas dalam kejadian di Pantai Keracut di sini kelmarin dipertingkatkan.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, J. Vijayan berkata, operasi mencari mangsa diteruskan kira-kira pukul 9 pagi ini.

"Bagi memperluaskan operasi mencari, pasukan penyelamat telah membuat pembahagian zon bersama agensi-agensi yang terlibat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSANONLINE 

No comments:

Post a Comment