My Add

Friday, 17 January 2014

Pakar Jerman puji kualiti perabot Malaysia

COLOGNE, JUMAAT, 17 Januari, 2014: Seorang pakar perdagangan dan industri perabot Jerman yang memiliki pengalaman luas dengan industri perabot Asia Tenggara memuji kualiti perabot Malaysia tetapi menggesa pengeksport Malaysia memberi lebih perhatian kepada pembungkusan.

Dalam temu bual bersama Bernama di pameran International Furniture Show - Living Interiors 2014 - di Cologne, Renate von der Eitz, perunding Bielefeld Chamber of Commerce and Industry yang mempunyai pengalaman lebih tiga dekad khusus dalam perabot dan tekstil rumah, menegaskan, pembungkusan produk perabot perlu sesuai bagi mengelakkan produk rosak semasa dihantar.

"Perlu diingat, Malaysia adalah sebuah negara tropika dengan suhu tropika.

Jika anda menghantar dari Malaysia ke Jerman, produk-produk melalui perubahan iklim dramatik - daripada sangat panas kepada iklim sangat sejuk.

"Perabot, yang kebanyakannya berasaskan kayu, perlu dibungkus dengan cara yang betul agar produk boleh mempunyai ruang udara, untuk mengelak kesan iklim dan sebarang kemungkinan kerosakan.

"Produk perabot perlu dibungkus bersebelahan dan bukan diletak di atas antara satu sama lain hanya kerana pengeksport hendak menjimatkan wang.

"Produk yang rosak boleh memberikan tanggapan sangat buruk dalam kalangan pengimport yang sudah pastinya tidak menerima produk tersebut dan malahan boleh memfailkan tuntutan ganti rugi terhadap pengeksport,'' ujarnya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment