My Add

Wednesday 1 January 2014

Penamaan calon di balai polis

* SEORAMG calon Parlimen memberikan maklumat kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya semasa mendaftar diri untuk bertanding pada pilihan raya Thailand di Kompleks Kerajaan di Bangkok pada 28 Disember lalu. - AFP
BANGKOK, SELASA, 31 Disember, 2013: Kerajaan sementara Thailand bercadang mengadakan proses pendaftaran calon bagi pilihan raya di negara ini yang ditetapkan pada 2 Februari ini di pangkalan tentera atau balai polis jika proses terbabit terus terganggu akibat bantahan penunjuk perasaan antikerajaan.

Timbalan Perdana Menteri sementara, Surapong Tovichakchaikul berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya, Supachai Somcharoen bagi membincangkan hal tersebut ekoran kegagalan proses pendaftaran calon di lapan wilayah di selatan negara ini.

Namun, Tovichakchaikul berkata, langkah terbabit hanya akan dilaksanakan jika suruhanjaya berkenaan memberi kelulusan.

“Setiasuaha Tetap Kementerian Pertahanan dan Komisioner Polis Diraja Thailand yang turut hadir pada perbincangan semalam, bersetuju membenarkan kemudahan mereka digunakan bagi proses pendaftaran calon.

“Kini terpulang pada Suruhanjaya Pilihan Raya, sama ada mahu meluluskan cadangan itu bagi menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

Cadangan itu diusulkan ekoran kegagalan proses pendaftaran calon yang bertanding untuk kerusi Parlimen di lapan wilayah di selatan Thailand yang masuk hari ketiga berturut-turut kerana dihalang oleh penunjuk perasaan daripada Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC).

Somcharoen, bagaimanapun berkata, berek tentera tidak sesuai dijadikan lokasi pendaftaran kerana pilihan raya yang adil perlu dilaksanakan oleh orang awam yang telah terpilih.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan melaksanakan langkah berkenaan sebagai jalan terakhir jika proses pendaftaran terus diganggu.

“Saya berharap kita tidak perlu melihat calon yang ingin mendaftar sebagai calon dalam pilihan raya dibawa menggunakan kenderaan berperisai ke kem tentera.

“Begitu juga di balai polis yang mudah menjadi sasaran penunjuk perasaan dan semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya bersetuju dengan senario tersebut," katanya. - AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment