PPSPPA lancar manual urus sisa pepejal
SHAH ALAM, ISNIN, 20 Januari, 2014: Manual Operasi Kutipan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah dilancarkan di sini hari ini bagi meningkatkan profesionalisme dan kualiti perkhidmatan syarikat konsesi dan kontraktor di bawah seliaan mereka.
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata, dengan adanya manual tersebut mampu menyelesaikan sebarang pertikaian berhubung aktiviti pungutan sisa pepejal dan pembersihan awam antara pihaknya dengan syarikat konsesi dan kontraktor.
"Selepas ini syarikat konsesi dan kontraktor akan dapat menjalankan kerja secara lebih lancar dengan mengamalkan peraturan kendiri dan beroperasi mengikut manual operasi yang kita lancarkan hari ini.
"Dalam manual ini ada skop-skop kerja, indeks prestasi utama serta dokumentasi yang boleh dirujuk oleh mana-mana kontraktor untuk garis panduan melaksanakan kerja-kerja kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan manual operasi tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment