![]() |
* HISHAMUDDIN Tun Hussein disambut oleh Pegawai Pemerintah Kapal Perang USS Lake Erie (CG 70), Kepten John S. Banigan ke geladak kapal berkenaan semasa lawatan beliau ke Pangkalan Bersama Pearl Harbor-Hickam, Hawaii, baru-baru ini. - Gambar Ihsan U.S Navy |
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau telah membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil kedua-dua negara bagi merealisasikan perancangan tersebut dalam pertemuan dengan Komander Pasukan Marin AS di Pasifik, Leftenan Jeneral Terry Robling di Hawaii, semalam.
"Saya telah menjemput tenaga pakar peperangan maritim AS datang ke Malaysia untuk berbincang lebih lanjut mengenai perkara tersebut.
"Kerjasama ini diyakini berupaya mengukuhkan lagi keupayaan maritim ATM pada masa akan datang. Dalam pertemuan tersebut, saya turut dibawa melawat pusat latihan peperangan marin di Kanaoke, Hawaii," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hishammuddin bersama rombongannya dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Hawaii sejak Sabtu lalu yang berakhir semalam.
Beliau kemudiannya berlepas ke Washington dan New York.
Pada lawatan di Pemerintah Angkatan Tentera AS Bagi Rantau Pasifik (Uspacom), beliau turut mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua cawangan perkhidmatan wilayah Pasifik.
Antaranya Komander Armada AS di Pasifik, Laksamana Harry B. Harris Jr.; Komander Tentera Udara di Pasifik, Jeneral Herbert J. Carlisle dan juga Komander Tentera Darat di Pasifik, Jeneral Vincent Brooks.
Hishammuddin memberitahu, kesemua pertemuan tersebut telah membawa kepada perbincangan isu kestabilan serantau semasa dan juga isu keselamatan rentas sempadan membabitkan ancaman pengganas, penyeludupan senjata dan pemerdagangan manusia.
"Pertemuan ini turut berjaya meningkatkan keyakinan di samping mengeratkan lagi persahabatan antara Malaysia dan AS," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment