My Add

Tuesday, 1 April 2014

Permohonan belajar di Timur Tengah secara dalam talian

KUALA LUMPUR, SELASA, 1 April, 2014: Adalah dimaklumkan bahawa bermula sesi 2014/2015, pelajar Malaysia yang berhasrat untuk m0elanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Maghribi) perlu membuat permohonan secara dalam talian di http://app.moe.gov.my/timurtengah.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, permohonan dalam talian akan dibuka pada 01 April 2014 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 16 Mei 2014 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari.

Borang permohonan dalam talian yang telah dicetak berserta dengan dokumen-dokumen sokongan pula perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi selewat-lewatnya 30 Mei 2014 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.

Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Maghribi bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam hanya diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja, kata kenyataan itu.

Oleh itu, semua permohonan perlu melalui dalam talian dan dokumen dihantar ke KPM. KPM tidak melantik mana-mana ejen penempatan pelajar bagi menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment