My Add

Tuesday, 1 April 2014

Semak semula Akta Penanam Padi, kata Mukhriz

ALOR SETAR, SELASA, 01 April, 2014: Kerajaan Pusat perlu menyemak semula Akta Penanam Padi (Mengawal Sewa dan Menjamin Pemegangan) 1967 supaya ia dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada penyewa tanah sawah dan tuan tanah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, akta itu difahamkan sudah tidak popular dalam kalangan petani kerana isi perjanjiannya dianggap lapuk dan tidak lagi relevan dengan situasi semasa.

"Akta ini macam kehilangan fungsi dan saya difahamkan, sejak diperkenalkan pada tahun 1955, hanya sekali akta berkenaan dipinda iaitu pada tahun 1967.

"Petani (tuan tanah) dikatakan lebih gemar menyediakan perjanjian sendiri yang tentunya tidak memihak kepada penyewa kerana kadar sewa yang dikenakan agak tinggi," katanya pada majlis Serah Wang Ihsan kepada ahli pengasas Lembaga Kemajuan Penanam-penanam Padi Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.-BERNAMA.

No comments:

Post a Comment