My Add

Tuesday 6 September 2011

Baris, Pekida, pesara tentera bantah Mat Sabu

LIMA pertubuhan bukan kerajaan, tiga di Melakan dan dua di ibu negara serta seorang pesara tentera masing-masing membuat laporan polis membantah keras kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menidakkan sejarah pengorbanan polis dan tentera menentang keganasan komunis.

Persatuan Bekas Anggota Perisikan Malaysia (Baris) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) membuat laporan polis di ibu negara,

Tiga NGO yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin ialah Sekretariat Pemikir dan Perpaduan Melayu Negeri Melaka, Jawatankuasa Khas Belia Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Majlis Belia Malaysia dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Daerah Jasin.

Pesara tentera, Wan Din Wan Mamat, 51, turut berbuat demikian di Tumpat, Kelantan.

Pengerusi Pekida, Roslan Dahaman berkata, kenyataan pemimpin Pas itu mengguriskan hati dan perasaan rakyat Malaysia, terutama anggota pasukan keselamatan dan keluarga mereka yang telah terkorban semasa mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong.

"Dia (Mat Sabu) perlu bertanggungjawab dan meminta maaf atas kenyataannya yang telah memutar-belitkan fakta sejarah mengenai perjuangan anggota keselamatan dalam menentang kekejaman komunis di negara ini,” katanya.

Presiden Baris, Nordin Hassan menggesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap Mohamad Sabu, kerana menurutnya, kenyataan seperti itu memberi implikasi buruk kepada rakyat dan negara

Di JASIN, Presiden Sekretariat Pemikir dan Perpaduan Melayu Negeri Melaka, Shahrul Azuwar Abdul Aziz berkata, kenyataan Mat Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong amat melampau kerana beliau cuba memesongkan fakta sejarah negara dengan mengagungkan komunis yang merupakan musuh negara.

"Sebagai generasi muda, kami merasakan apa yang dikatakan oleh Mat Sabu adalah melampau dan biadap. Ia mencetuskan rasa tidak senang di kalangan masyarakat, jadi kita minta polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.

Wakil Persatuan Peniaga dan Penjaja Daerah Jasin, Johari Nordin berkata, peniaga dan penjaja di daerah ini tidak boleh menerima kenyataan Mat Sabu itu yang memutarbelitkan fakta sejarah.

"Oleh itu saya meminta polis mengambil tindakan sewajarnya ke atas Mat Sabu,” katanya.

Di TUMPAT, Wan Din berkata, sebagai pesara tentera yang pernah bertempur dengan komunis, beliau amat kesal dengan kenyataan itu dan menganggap PAS telah mempertikaikan sejarah untuk kepentingan politik.

"Saya pernah alami pertempuran dengan komunis, peluru bertaburan di atas kepala, macam mana boleh anggap dia (komunis) sebagai hero,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Tumpat.

"Dia tidak tahu perkara sebenar dan cuba menonjolkan diri sebagai hero," katanya.

1 comment:

  1. SKIM PINJAMAN BANK KHAS UNTUK PESARA KERAJAAN, TENTERA, POLIS, DAN BALU

    Syarat syarat dan kelayakan ;

    • pesara kerajaan, tentera dan balu
    • pencen RM750 ke atas
    • tempoh bayaran balik sehingga umur 70 tahun
    • Tempoh pinjaman dari 3-15 tahun
    • Pinjaman dari RM5,000-RM100,000
    • Interest 5%
    • Blacklist CCRIS CTOS boleh memohon

    Boleh digunakan untuk ;
    • Melangsaikan hutang kereta/rumah/credit card
    • Membesarkan/memulakan perniagaan
    • Mengerjakan umrah/melancung
    • Membaiki/membesarkan rumah
    • Dan lain lain

    Bantuan akan di hulurkan sehingga berjaya, Insyaalah.

    Harap dapat dipanjangkan kepada saudara mara atau sahabat handai yang mungkin memerlukan pinjaman ini untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka dengan cara yang selamat ini.

    CEPAT ! ambillah peluang ini sebelum skim ini ditamatkan.

    Hubungi : 013 2392990 Ab Rahim
    Email : abrahim_my@yahoo.co.uk

    NOTA : Untuk semak kelayakan : sms / email kan jumlah pencen bulanan dan umur.

    ReplyDelete