KEBELAKANGAN ini selak sahaja muka surat khabar, tiada berita lain melainkan cerita Mohamad Sabu. Sama ada cerita itu terbit darinya sendiri atau komen pihak lain mengenai isu yang dibangkitakan oleh Timbalan Presiden Pas itu.
Kenyataannya yang kontraversi mengenai tragedi Bukit Kepong makin meleret dan membosankan. Sewajarnya pihak berwajib mengambil suatu tindakan yang tertentu bagi mengetasi konflik tersebut.
Saya tertarik dengan pandangan Zainudin Maidin, bahawa sikap ambil mudah perkara begini boleh menjadi kemuncak kelemahan kerajaan dalam menangani pelbagai isu dan sikap acuh tidak acuh itu dikhuatiri akan menyemarakkan kemarahan rakyat terhadap penyokong parti komunis.
Bekas Menteri Penerang itu berkata, sebarang kelewatan kerajaan mengambil tindakan terhadap Mat Sabu dilihat seolah-olah lebih mengutamakan kepentingan politik daripada melaksana tugas terhadap rakyat dan negara.
Sekiranya berlaku sesuatu yang buruk kepadanya, dia akan salahkan polis, UMNO dan kerajaan. Ini menampakkan kelemahan kerajaan dalam menangani masalah berkaitan keselamatan negara, katanya.
Zainudin khuatir, rakyat tidak lagi dapat melihat kesungguhan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dalam merancang dan bekerja bermati-matian untuk memulihkan maruah agama, bangsa dan negara.
Ia juga dapat dilihat dalam masalah kecelaruan dalam pendaftaran pendatang tanpa izin (Pati), memberikan permohonan maaf terbuka terhadap pegawai imigresen yang telah dikenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dalam menangani kes Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, katanya lagi.
No comments:
Post a Comment