My Add

Wednesday, 21 September 2011

ISA: Pas tuduh Najib bertindak sendirian

SEKALI-SEKALA apabila ada masa terluang, saya sempat belek-belek  laporan Harakahdaily, lidah rami parti Pas.

Laporan terbaru berbentuk analisa panjang lebar oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas (PPP, Dr Dzulkefly Ahmad  yang mengecam Datuk Seri Najib Razak berkaitan dengan pemansuhan Akta Keselamat Dalam Negeri (ISA).

Ahli Parlimen Kuala Selangor mendakwa, beliau percaya Perdana Menteri cuba menunjukkan kepada UMNO dan Kabinet bahawa dia (Najib) adalah bos ketika mengumumkan pemansuhan ISA baru-baru ini.

Dri Dzulkefli berhujah, reaksi dari pihak UMNO dan Kabinet mengesahkan bahawa mereka tidak dirujuk dan perbinangan serta keputusan dibuat oleh beberapa kumpulan terdekat (inner circle) sahaja.


"Bagi saya, dia membuat pengumuman itu atas keputusan dirinya sendiri dan para penasihatnya sahaja, bukan berbincang dengan rakan-rakan beliau bahkan mungkin menganggap timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin adalah liabliti dalam beberepa insiden mutakhir," kata beliau," ksanya.

 Menurut Dr Dzulkefly, nampak ketara sangat perbezaan itu sebaik sahaja ia dikemukakan oleh Najib ketika memberikan ucapan menjelang Hari Malaysia malam 16 September lepas.

"Timbalan beliau sendiri, Tan Sri Muhyidin hanya memberikan sokongan selepas dua hari ia dibentang Najib...nampak ada yang tak kena kerana terlalu lambat menyatakan sokongan kepada bos.

"Hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin mengakui, UMNO terpaksa memberikan penerangan kepada semua ahli-ahlinya bagi menerangkan pemansuhan itu.

"Pengumuman Najib menghapuskan ISA juga dilihat mendapat tentangan dari UMNO dan juga sayap kanannya, Perkasa, " katanya.

"Apa yang dibuat oleh Najib adalah cubaan untuk pergi 'ke tengah' bagi mendapat kembali sokongan Cina dan India selepas kajian menunjukkan sokongan terhadap beliau merudum teruk dari 72 peratus kepada 59 peratus baru-baru ini.

"Namun, dia dihalang dan tidak dipersetujui oleh timbalan beliau sendiri, Muhyidin dan 'warlords' dalam UMNO.

"Ketika Najib lancarkan 1 Malaysia, Muhyidin kata, dia Melayu dahulu baru Malaysia.

"Ketika dia mahu mengenepikan Dasar Ekonomi Baru (DEB), untuk digantikan dengan dasar yang lebih liberal dan tender terbuka, dia dimarahi lagi oleh Muhyidin dan juga bekas PM, Tun Dr Mahathir...sejak itu Model Ekonomi Baru (NEM) tenggelam dan NEAC pun dah dibubarkan," tegas Dr Dzulkefly.


No comments:

Post a Comment