My Add

Tuesday 13 September 2011

Mat Sabu: Media arus perdana cuba tutup kepincangan

DILAPORKAN, selepas memberi ceramah di Kota Bharu, Isnin, Mohamad Sabu memberitahu pemberita, serangan terhadap kenyataannya berhubung pejuang kemerdekaan dan Mat Idera ditimbulkan oleh media arus perdana bagi menutup kepincangan demokrasi dan sistem pilihan raya di negara ini.

Timbalan Presiden Pas itu berkata, serangan dilakukan terhadapnya “kerana mereka nak lari daripada isu-isu pilihan raya terutama tentang (lapan perkara) tuntutan Bersih 2.0 dan daftar pemilih yang begitu kotor.”.

Menurutnya, oleh kerana hendak lari daripada isu-isu itu dan gagal memulihkan demokrasi serta mengatasi kepincangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka timbulkan serangan terhadap kenyataannya.

Mengulas kenyataan Malaya tidak pernah dijajah, Mat Sabu mendkwa golongan itu terlalu hendak membodek pemimpin mereka.

No comments:

Post a Comment