My Add

Tuesday 13 September 2011

Mahathir dicabar akui UMNO bukan pejuang merdeka

HarakahDaily melaporkan kenyataan Dewan Pemuda PAS Pusat mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mengakui UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan, jika bekas Perdana Menteri itu bersetuju Malaya tidak pernah dijajah.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohamad Nor berkata, kenyataan Dr Mahathir yang menyokong kenyataan Datuk Dr. Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British boleh membawa maksud UMNO bukan pejuang kemerdekaan.

"Apakah Dr Mahathir berani mengaku bahawa UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar kerana negara tidak pernah dijajah.

"Apakah Dr Mahathir mahu menafikan sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang diangkat selama ini seperti Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain?" tanya Riduan.

Sambil itu, Riduan meminta Dr, Mahathir menyatakan pendirian sama ada British layak diangkat sebagai pejuang negara manakala Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Bostamam, Tok Janggut, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mat Saleh, Rentap, dan lain-lainnya sebagai pengkhianat negara, atau sebaliknya.

Menurutnya, kenyataan Dr. Mahathir kelmarin itu telah menambah kekusutan dalam pemikiran rakyat terhadap sejarah kemerdekaan negara.

Katanya, rakyat dikelirukan dengan kenyataan penuh kontroversi oleh Zainal yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) berhubung isu sama.

No comments:

Post a Comment