My Add

Thursday 15 September 2011

Pakatan Rakyat mula berebut kerusi di Kedah

SAYA tersenyum sendirian membaca berita berhubung agihan kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri (DUM) dan Parlimen di Kedah yang mula mrnjadi rebutan antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP.

Menurut laporan Utusan Malysia, Khamis, perkara tersebut beralih menjadi isu hangat diperkatakan umum di negeri jelapang padi itu sekarang.

Ia berbangkit ekoran kehendak DAP menuntut empat lagi kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagaimanapun berkata, Pas dijangka mengekalkan jumlah agihan untuk parti itu iaitu sebanyak 24 kerusi seperti pilihan raya umum lalu.

"Pas tiada apa perubahan tetapi mungkin DAP dan PKR ada berlaku tawar-menawar," katanya yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah kepada pemberita di Alor Setar.

Kelmarin, Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Lee Guan Aik berkata, parti itu menuntut enam kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang iaitu dua kerusi sedia ada dan empat kerusi tambahan.

Guan Aik berkata, selain itu, DAP juga mahu calonnya bertanding di dua kerusi Parlimen kerana sokongan terhadap DAP kini sudah jauh meningkat.

Azizan berkata, masih terdapat dua minggu lagi untuk DAP dan PKR mencapai kata sepakat mengenai agihan kerusi di dalam perundingan peringkat negeri.

Menurutnya, jika ia tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri maka cadangan dua parti itu akan dikemukakan ke peringkat pusat bersama hujah dan alasan masing-masing.

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN dengan 24 ditandingi Pas, 10 kerusi (PKR) dan dua kerusi (DAP).

Daripada jumlah itu, Pas memenangi 16 kerusi manakala PKR memenangi lima kerusi dan DAP menang satu kerusi pada pilihan raya lalu.

Bagaimanapun, dua daripada lima wakil rakyat PKR kemudian mengisytiharkan diri sebagai sebagai wakil rakyat Bebas.

No comments:

Post a Comment