My Add

Thursday 15 September 2011

Siasatan JAIS isu pemeriksaan di gereja siap

SIASATAN Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung pemeriksaan yang dijalankan penguatkuasanya ke atas Gereja Methodist di Damansara Utama awal Ogos lalu kini siap dan akan diserahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perkara itu diumumkan Pengarah JAIS, Marzuki Hussein dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Shah Alam, pagi Khamis.

Beliau berkata, JAIS kini menunggu masa sesuai untuk menemui Khalid bagi menyerahkan laporan lengkap berkenaan.

"Laporan kita sudah siap, tunggu dipanggil Menteri Besar apabila beliau balik dari Jerman," katanya.

JAIS pada 3 Ogos lalu menjalankan pemeriksa gereja di Damansara Utama selepas mendapat maklumat ada usaha cuba memurtadkan umat Islam di negeri itu.

No comments:

Post a Comment