My Add

Monday 12 September 2011

Teguran Mahathir fakta sejarah tercicir ada asasnya

SAYA tertarik dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai fakta sejarah yang dikatakan tercicir, terutama tentang perjuangan kemerdekaan negara.

Teguran bekas Perdana Menteri berasas dan elok diterima dengan fikiran terbuka.

Ada logiknya rungutan beliau, tentang berlakunya beberapa fakta dalam mata pelajaran sejarah yang diajar di sekolah tercicir.

Pendapat Dr Mahathir patut diperhalusi. Subjek sejarah yang diajar di sekolah tidak mempunyai latar belakang kemerdekaan serta perjuangan ke arah mencapai kemerdekaan hendaklah diolah dengan baik dan sempurna.

Sebarang kealpaan dan terlepas pandang pakar dan penulis sejarah tidak menyebut peranan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain memerlukan perhatian sewajarnya pihak berwajib, khususnya Kementerian Pelajaran

Hujah Dr Maahathir diakui kebenarannya bahawa kebanyakan generasi muda ketika ini tidak memahami sejarah negara mereka selain memandang mudah mengenainya, kerana mereka dilahirkan dalam negara yang sudah mencapai kemerdekaan.

Hakikatnya, menurut tanggapann Dr Mahathir, sejarah tidak boleh diubah kerana ia adalah peristiwa sudah berlaku, dan perkara itu penting untuk memastikan generasi muda mengetahui apa sebenarnya berlaku di tanah air mereka.

Kerajaan, seboleh-bolehnya bertingaklah segera kerana dilihat ada percubaan pihak tertentu untuk merubah sejarah daripada fakta sahih kepada khayalan.

No comments:

Post a Comment