My Add

Sunday, 4 September 2011

Tiada pertemuan dengan Hadi - MB Kedah

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tiada sebarang pertemuan antara beliau dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang untuk membincangkan mengenai masalah kesihatannya.

Bernama melaporkan dari Alor Setar semalam, Azizan ditanya sama ada beliau mengadakan pertemuan dengan Abdul Hadi unBtuk berbincang mengenai isu penggantiannya selepas keadaan kesihatannya terjejas kerana serangan jantung Julai lepas.

"Lepas ni saya pi (pergi) Kuala Lumpur mesyuarat parti (11 September) jumpa la dia dan siapa-siapa pun,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbukanya di kediaman rasmi Menteri Besar di Mentaloon, di sini, hari ini.

Azizan juga berkata, berita mengenai dirinya diserang sakit jantung adalah tidak benar, sebaliknya berkata, beliau ke Institut Jantung Negara (IJN) adalah untuk membuat pemeriksaan susulan kerana pernah membuat pembedahan pintasan jantung enam tahun lalu.

"Masa pergi IJN bukan sebab saya kena serangan jantung, itu tak betul. Saya pergi IJN buat pemeriksaan perubatan berkala, tiap empat bulan kena buat pemeriksaan doktor.

"Doktor kata kena buat pemeriksaan perubatan penuh, doktor tak pernah kata kena buat pembedahan, doktor suruh jaga kesihatan saja, kena rehat, tidur awal dan jaga pemakanan, itu saja,” katanya.

Media baru-baru ini melaporkan bahawa kepimpinan Pas sedang mengambil tindakan untuk menggantikan Azizan disebabkan keadaan kesihatannya yang kurang baik dan Abdul Hadi dikatakan akan menghadap Sultan Kedah berhubung peralihan kepimpinan kerajaan negeri itu.


"Lepas ni saya pi (pergi) Kuala Lumpur mesyuarat parti (11 September) jumpa la dia dan siapa-siapa pun,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbukanya di kediaman rasmi Menteri Besar di Mentaloon.

Azizan juga berkata, berita mengenai dirinya diserang sakit jantung adalah tidak benar, sebaliknya berkata, beliau ke Institut Jantung Negara (IJN) adalah untuk membuat pemeriksaan susulan kerana pernah membuat pembedahan pintasan jantung enam tahun lalu.

"Masa pergi IJN bukan sebab saya kena serangan jantung, itu tak betul. Saya pergi IJN buat pemeriksaan perubatan berkala, tiap empat bulan kena buat pemeriksaan doktor.

"Doktor kata kena buat pemeriksaan perubatan penuh, doktor tak pernah kata kena buat pembedahan, doktor suruh jaga kesihatan saja, kena rehat, tidur awal dan jaga pemakanan, itu saja,” katanya.

Media baru-baru ini melaporkan bahawa kepimpinan Pas sedang mengambil tindakan untuk menggantikan Azizan disebabkan keadaan kesihatannya yang kurang baik dan Abdul Hadi dikatakan akan menghadap Sultan Kedah berhubung peralihan kepimpinan kerajaan negeri itu.

No comments:

Post a Comment