My Add

Monday 28 November 2011

Bekas S/Usaha Politik bekas MB Terengganu dihukum penjara

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 28 November, 2011: 
BEKAS Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ramzi Mohd Zubir dihukum penjara setahun selepas didapati bersalah atas empat tuduhan termasuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur bunuh. 

Hakim Mahkamah Sesyen, M Bakri Majid, menjatuhkan hukuman tiga bulan masing-masing bagi tiga tuduhan menghantar SMS bunuh dan jumlah yang sama bagi dakwaan fitnah.

Bagaimanapun, peguambela tertuduh memohon hukuman ditangguhkan sementara rayuan dibuat.

Berikutan itu, hakim membenarkan Ramzi dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 dengan dua penjamin.

No comments:

Post a Comment