My Add

Monday, 28 November 2011

20,000 dijangka hadir perasmian Perhimpunan Aging UMNO

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 November:
KIRA-KIRA 20,000 ahli UMNO dijangka menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO Ke-62 yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa ini.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abd. Rauf Yusoh berkata, perhimpunan selama lima hari yang akan dirasmikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan turut disertai kira-kira 200,000 jemputan, pemerhati dan penyokong parti.

"Perasmian kali ini akan melibatkan penglibatan secara langsung setiap sayap-sayap parti yang mana ia sedikit berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.

"Penglibatan mereka adalah sebagai penghormatan dan menghargai peranan penting yang telah dimainkan mereka," katanya kepada pemberita pada raptai perasmian majlis itu di Plaza Merdeka, di sini semalam.

Seramai 150 ahli UMNO yang terdiri daripada ketiga-tiga sayap parti terlibat dalam raptai perbarisan sempena perhimpunan kali ini.

Pada masa sama katanya, seramai 500 petugas dan sukarelawan terlibat secara langsung dalam memastikan kelancaran perhimpunan.

"Persiapan setakat ini berjalan dengan lancar dan mereka yang terlibat dilihat tidak sabar untuk menanti hari bersejarah itu nanti," katanya.

No comments:

Post a Comment