My Add

Tuesday, 29 November 2011

Kerjasama serantau ASEAN mampu beri Asia nafas baru

KUALA LUMPUR, SELASA, 29 November. 2011:
KERJASAMA ASEAN dengan rakan dialog seperti Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-China dan ASEAN 3 (China, Jepun dan Korea) dapat memberi nafas baru kepada pertumbuhan rantau Asia.

Wakil Parti Komunis China (CPC), Sun Gan berkata, pada masa ini, kerjasama itu menumpukan kepada bidang seperti ekonomi, politik, keselamatan dan kebudayaan.

Kerjasama itu juga mewujudkan prospek kerjasama pelbagai peringkat dan dimensi di rantau tersebut, dan merupakan batu loncatan dalam pembangunan Asia, katanya pada hari terakhir forum antarabangsa Transformasi Politik Ekonomi dan Sosial dalam Era Krisis Global, sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011, di sini hari ini.

Beliau yang merupakan seorang daripada empat anggota panel pada sesi plenari ketiga itu berkata, fakta menunjukkan China tidak mampu membangun dan makmur secara bersendirian tanpa Asia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment