My Add

Tuesday 29 November 2011

Menegur pemimpin biar ibarat pukul anak sindir menantu

KUALA LUMPUR, SELSA, 29 November, 2011: 
PENGERUSI Tetap UMNO, Datuk Badruddin Amiruldin mengingatkan perwakilan Perhimpunan Agung Umno 2011 agar menegur pemimpin parti secara berhemah ketika perbahasan.

Beliau berkata, perwakilan perlu menggunakan kaedah seperti peribahasa Melayu ‘pukul anak sindir menantu’ kerana teguran yang ditujukan adalah untuk mereka yang berada dalam satu keluarga yang besar.

"Jadi kalau kita nak pukul anak kita pun, kita tak pukul di khalayak ramai. Kita bawa pulang ke rumah. Dalam keluarga besar seperti UMNO pun begitu juga,” kata Badruddin, yang terkenal dengan celoteh berunsur sinis dan jenaka ketika menjadi pembahas dahulu.

Seramai 5,447 perwakilan menghadiri perhimpunan agung parti kali ini yang terdiri daripada 2,627 perwakilan dari 191 bahagian di seluruh negara, 944 perwakilan Wanita, 942 Pemuda dan 934 Puteri.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Badruddin berkata, beliau menggunakan kaedah sedemikian semasa berbahas ketika menjadi perwakilan dahulu.

Di dalam teguran itu, katanya, walaupun mempunyai unsur lawak jenaka namun pemimpin tahu dan faham teguran itu ditujukan kepada mereka.

"Siapa yang makan cili beliaulah yang merasa pedasnya...begitulah,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment