KUALA LUMPUR, RABU, 30 November, 2011: PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini, malam tadi.
Mesyuarat yang bermula jam 8.30 malam, turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden UMNO.
Hadir sama, tiga Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Antara perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat itu adalah cadangan yang dikemukakan perwakilan dari tiga sayap parti yang selesai mengadakan perhimpunan agung bagi pergerakan masing-masing, petang tadi.
Perhimpunan tiga sayap yang diadakan serentak itu menghimpunkan seramai 944 perwakilan Wanita, 942 perwakilan Pemuda dan 934 perwakilan Puteri. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment