My Add

Tuesday 29 November 2011

90 peratus khidmat kerajaan dalam talian menjelang 2015

PUTRAJAYAa, SELASA, 29 November, 2011:
PERKHIDMATAN kerajaan bagi E-Kaunter dan perkhidmatan dalam talian disasar pada tahap 90 peratus menjelang 2015, kata Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Datuk Mohamad Zabidi Zainal.

Manakala di bawah program paperless government, beliau berkata, ditetapkan 70 peratus urusan surat-menyurat, memo dan minit mesyuarat dibuat secara online dan 90 peratus bagi urusan panggilan mesyuarat.

"Selain meningkatkan kecekapan urusan berkenaan, usaha itu juga akan menyumbang kepada pencapaian objektif strategik inisiatif teknologi hijau dalam urusan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ketua Pegawai-Pegawai Maklumat di sini hari ini.

Kerajaan juga katanya, sedang merangka kaedah baru dalam pengurusan ICT yang dikenali sebagai Pengkomputeran Awan.

Mohamad Zabidi berkata, setakat ini ia telah diaplikasi di 36 agensi kerajaan dan akan diperluaskan di 100 lagi agensi pada masa hadapan.

Selain itu, beliau berkata Mampu juga sentiasa mengambil langkah-langkah untuk memastikan ciri keselamatan semua sistem dan laman web di bawah kendaliannya sukar digodam pihak tidak bertanggungjawab. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment