My Add

Monday, 28 November 2011

Pasar tani perlu penjenamaan popular - MB Pahang

BENTONG, ISNIN, 28 November, 2011:. -
LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk mengangkat pasar tani sebagai satu penjenamaan popular di negara ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kewujudan pasar tani di seluruh negara telah banyak mengubah kehidupan para petani apabila mereka dapat memasarkan produk dan hasil tani mereka terus kepada para pengguna.

"Penjenamaan pasar tani penting kerana ia akan meningkatkan lagi keyakinan orang ramai terhadap produk yang dipasarkan.

"Sejak wujud hampir 30 tahun yang lepas, pasar tani menjadi pusat pemasaran hasil pertanian segar perlu menjalani proses tranformasi sesuai dengan keperluan semasa,” katanya kepada pemberita selepas melawat pasar tani Bukit Piatu dan merasmikan Bazar Agro Kedai Rakyat Bukit Piatu, di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment