My Add

Monday 28 November 2011

Perkasa gesa kementerian sedia sistem rawatan air bersih di sekolah

PASIR MAS, ISNI, 28 November, 2011: 
PERTUBUHAN Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), menggesa Kementerian Pelajaran mewujudkan sistem rawatan air bersih di sekolah-sekolah seluruh Kelantan berikutan masalah bekalan air bersih kian kritikal di negeri ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah itu signifikan dalam usaha menjaga keselamatan serta kesihatan pelajar yang kadang-kadang dilihat jarang sekali mengambil kira aspek kesihatan.

“Saya menyeru Kementerian Pelajaran supaya melaksanakan projek rawatan air di sekolah-sekolah melalui teknologi yang ada supaya pelajar dapat menerima bekalan air bersih.

“Ini mengambil kira masa pelajar-pelajar berada di sekolah sekarang ini kadang-kadang sampai sehari suntuk kerana memenuhi aktiviti kokurikulum seperti pakaian seragam, sukan dan sebagainya.

“Dalam keadaan yang tidak menentu itu kadang-kadang bila terlalu panas mereka tidak peduli dah, diteguknya air paip begitu saja,” katanya ditemui di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjanji masalah air yang melanda negeri ini akan diselesaikan segera sekiranya rakyat Kelantan memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah pada pilihan raya umum akan datang.

Ibrahim berkata, beliau yakin rakyat negeri ini akan menyambut baik seruan Muhyiddin itu demi memastikan masa depan mereka lebih terjamin.

“Ini bukan soal politik, saya bercakap dalam konteks kepentingan rakyat, soal kebajikan rakyat secara keseluruhan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas.

Menurut Ibrahim, lebih 500 buah sekolah menengah dan rendah terdapat di Kelantan membabitkan lebih 300,000 pelajar yang perlu diberi perhatian terutamanya membabitkan aspek kesihatan.

Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan hasil laporan Panduan Industri Air Malaysia yang menyatakan sampel air di Kelantan bukan saja didapati mengandungi logam-logam berat malah bakteria berbahaya termasuk E. coli yang boleh mengundang penyakit kepada pengguna. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment