My Add

Tuesday 29 November 2011

714 kes dagang orang dan seludup migran dilaporkan

KUALA LUMPUR, SELASA, 29 November, 2011:
SEBANYAK 714 kes Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dilaporkan sehingga 22 Nov. lepas.

Perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Mapo) pada 24 Nov lepas yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi di KDN di Putrajaya.

Sekretariat Mapo dalam kenyataan di sini, hari ini berkata, 714 kes itu termasuk 367 kes yang telah dituduh, 230 pada peringkat bicara, 59 kes yang telah selesai dan 58 kes yang disabitkan.

Mengenai kes-kes penguatkuasaan, sehingga 31 Okt lepas sebanyak 535 tangkapan dibuat membabitkan 374 kes.

Sehingga 31 Okt. lepas, seramai 867 mangsa telah diselamatkan dan mendapat perintah perlindungan tetap (PO) serta ditempatkan di rumah perlindungan, kata kenyataan itu.

Jumlah itu membabitkan 257 lelaki, 492 wanita dan 118 kanak-kanak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment