My Add

Tuesday 29 November 2011

LZS peruntuk RM28,000 untuk anak asnaf

SEBAHAGIAN kanak-kanak dikhatankan beramai-ramai pada Program Khatan Perdana Anak-anak Asnaf Daerah Petaling di Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya, semalam.


SUBANG JAYA, SELASA, 29 November, 2011: 
LEMBAGA Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sebanyak RM28,000 untuk diserahkan kepada anak-anak asnaf di Selangor mulai bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof berkata, peruntukan tersebut merangkumi bantuan untuk pakaian sekolah kebangsaan dan sekolah agama berjumlah RM500 setiap seorang.

“Bantuan ini diserahkan kepada anak-anak asnaf melalui masjid secara berperingkat bermula pada bulan ini sehingga pertengahan Disember ini.

“Kami berharap bantuan ini dapat menceriakan anak-anak asnaf untuk menjalani sesi persekolahan dan secara tidak langsung dapat meringankan beban ibu bapa mereka,” katanya ketika berucap pada Program Khatan Perdana Anak-anak Asnaf Daerah Petaling di Masjid Darul Ehsan, di sini semalam.

Sebelum itu, seramai 167 anak asnaf dimandikan dengan semburan air daripada jentera bomba. Hadir sama ialah Orang Besar Daerah Petaling, Datuk Emran Kadir.

Menurut Mohamed Izam, program berkhatan merupakan aktiviti tahunan LZS dalam usaha membantu meringankan beban asnaf untuk mengkhatankan anak mereka.

“LZS telah memperuntukkan RM150 untuk seorang anak asnaf bagi program berkhatan ini,” katanya. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment