My Add

Tuesday, 29 November 2011

JPNWP selesaiakn lebih 1,000 permohonan dokumentasi

KUALA LUMPUR, SELASA, 29 November, 2011:
SEBANYAK 1,041 daripada 1,582 kes berkenaan dokumentasi di Wilayah Persekutuan yang dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sejak awal tahun ini telah diselesaikan, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 340 kes yang belum dapat diselesaikan sedang dikaji satu pasukan petugas khas manakala 201 kes adalah dalam kategori tidak layak.

"Selain itu terdapat permohonan tidak lengkap akan diproses setelah segala dokumen dilengkapkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penganugerahan Dokumen Pengenalan Diri MyDaftar Peringkat Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kempen Mydaftar ini akan diadakan sekali lagi pada awal tahun depan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memudahkan para pemohon tampil mengemukakan dokumen sah untuk memiliki sijil lahir, kad pengenalan atau kewarganegaraan.

"Pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga pada masa yang sama perlu berwaspada menghalang pemohon yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan kewarganegaraan dengan jalan yang mudah. Mereka ini sebenarnya tidak bertanggungjawab,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment