My Add

Tuesday 29 November 2011

Razaleigh saran guru diberi penghargaan lebih

GUA MUSANG,SELASA, 29 November, 2011: 
AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyarankan kerajaan supaya memberi pelbagai penghargaan kepada guru yang berjaya melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang.

Beliau berkata, berbanding penjawat awam lain, tugas guru lebih berat demi meletak asas kepada masa depan rakyat.

Walaupun sudah banyak penghargaan diberikan kerajaan, ia belum memadai membalas curahan bakti seorang guru, katanya di sini semalam.

Tengku Razaleigh, yang juga Ketua UMNO bahagian Gua Musang, berkata, bidang pendidikan di negara ini bertambah baik berikutan usaha kerajaan menyediakan kemudahan pembelajaran selaras perkembangan semasa.

Beliau juga meminta kerajaan agar mengkaji semula dasar pengambilan buruh asing untuk memastikan peluang pekerjaan bagi belia tempatan tidak terjejas.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment