My Add

Tuesday 29 November 2011

PKR hanya berani di bibir - Shafie Apdal

KUALA LUMPUR, SELASA, 29 November, 2011: 
TINDAKAN Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mengugut untuk meruntuhkan kezaliman penjara sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan hanya bertujuan meraih perhatian umum.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyifatkan Azmin hanya 'berani di bibir' apabila mengeluarkan kenyataan itu, lapor NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA

"Negara ini bukan tempatnya untuk mereka tunjukkan kedegilan. Jika undang-undang mendapati seseorang itu bersalah, maka hukuman harus dijalankan.

"Ugutan sebegitu memperlihatkan bahawa PKR merupakan sebuah parti yang hanya tahu memberontak serta taksub melampau terhadap pemimpin mereka," kata Mohd. Shafie ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Azmin yang mahu meruntuhkan kezaliman penjara sekiranya ketua pembangkang (Anwar) itu dipenjarakan ketika menyampaikan ucapan dasar pada majlis perasmian Kongres Nasional PKR Kelapan di Johor, Jumaat lepas.

Kata Mohd. Shafie, pemimpin PKR itu jelas tidak menghormati sistem demokrasi negara apabila mengeluarkan kenyataan itu.

"Tidak harus ada kekebalan pada mana-mana individu dalam berpolitik. Mereka (pembangkang) hanya pandai bercakap sebaliknya tidak patuh kepada undang-undang negara.

"Mereka belum lagi memerintah negara sudah mahu menampakkan belang. Bayangkan jika mereka memerintah nanti, barangkali undang-undang akan dilenyapkan dan kuasa Dewan Rakyat meluluskan undang-undang dihapuskan," katanya. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment