My Add

Tuesday, 29 November 2011

Terowong: Tsu Koon bidas Guan Eng

PULAU PINANG, SELASA, 29 November, 2011: 
GERAKAN menyifatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai seorang akauntan yang tidak tahu 'mengira' kerana masih berdegil untuk membina terowong dasar laut antara Pulau Pinang dan Butterworth walaupun kosnya tinggi.

Presidennya, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, pembinaan terowong dasar laut itu sebenarnya tidak logik kerana ia akan membawa kesaan-kesan tidak baik terhadap pembangunan negeri ini.a

Jelasnya, pada masa sama, Guan Eng juga mengetahui bahawa kos pembinaan terowong dasar laut itu sebenarnya lebih mahal daripada pembinaan jambatan baru, tetapi beliau masih berdegil untuk melaksanakannya.

"Maka tindakan Guan Eng cukup jelas dilihat sebagai seorang akauntan yang tidak tahu mengira tetapi mahu membina jasa demi kepentingan diri memandangkan Jambatan Pulau Pinang pertama dan kedua dibina pada zaman bekas Ketua Menteri, Tun Dr. Lim Chong Eu dan saya.

"Beliau (Guan Eng) cuma mahu membina sesuatu (projek) gergaasi bagi menandingi apa yang Chong Eu buat tanpa mengira akibatnya," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mesra 1Malaysia Barisan Nasional (BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Itam, di sini semalam.

Beliau mengulas pengumuman Guan Eng baru-baru ini untuk membina terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer dari Pulau Pinang ke Butterworth.

Dalam pada itu, Tsu Koon memberitahu cadangan pembinaan terowong dasar laut antara Pulau Pinang dan Butterworth itu sebenarnya bukan idea baru kerana pernah dibincangkan oleh BN sekitar 1990-an.

Bagaimanapun, katanya, pemimpin Gerakan pada masa itu membantah untuk membina terowong itu kerana ia adalah tidak logik dan akan mempengaruhi pembangunan Pulau Pinang.

"Ini kerana kami berpendapat terowong dasar laut akan menyebabkan kapal besar tidak dapat memasuki pelabuhan Pulau Pinang, sekali gus akan mempengaruhi urusniaga pelabuhan manakala penyelenggaraannya juga memakan kos yang tinggi," katanya. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment