My Add

Monday 28 November 2011

MTUC nafi sanggup berperang dengan kerajaan

PETALING JAYA, ISNIN, 28 November, 2011. 
KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mewakili 800,000 anggota menafikan sekeras-kerasnya bahawa ia bersedia

“berperang” dengan kerajaan mengenai cadangan pindaan undang-undang buruh.

"Kenyataan mengenainya adalah tidak benar dan juga bukan pendirian rasmi kongres,” kata setiausaha agungnya Abdul Halim Mansor.

Beliau mengulas kenyataan setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang Ibrahim pada Kongres Kebangsaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Johor Baharu hujung minggu lepas, bahawa MTUC bersedia “berperang” dengan kerajaan kerana gagal melindungi hak-hak pekerja.

Abdul Halim mengulangi bahawa MTUC bukan parti politik dan hanya memberikan perhatian terhadap kebajikan pekerja-pekerja di negara ini.

"Kita tidak ada agenda politik dan kita hanya komited untuk melindungi hak-hak pekerja yang termaktub dalam undang-undang buruh negara,” katanya kepada Bernama di sini.

No comments:

Post a Comment