My Add

Tuesday 29 November 2011

Penjara zalim: Najib ulas kenyataan Azmin Ali

KUALA LUMPUR,SELASA, 29 November, 2011: 
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang mahu merobohkan kezaliman penjara sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, sebagai satu kenyataan politik sahaja.

Dalam masa sama, beliau memberi peringatan yang tegas bahawa negara mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi dan dihormati.

“Negara kita ada undang-undang dan tiada siapa yang boleh berbuat sesuka hati. Kalau tidak hormati undang-undang, maka huru-haralah negara,” katanya selepas merasmikan Forum Antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Azmin yang dibuat ketika menyampaikan ucapan dasar pada majlis perasmian Kongres Nasional PKR Kelapan di Johor, Jumaat lalu.

No comments:

Post a Comment