My Add

Monday 28 November 2011

Afrika patut belajar daripada perkongsian kuasa Malaysia

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 November, 2011:
NEGARA-NEGARA Afrika patut belajar daripada kaedah perkongsian kuasa Malaysia supaya rakyat di negara berkenaan boleh bersatu dan bekerjasama dalam memastikan kemajuan negara mereka, kata penasihat khas Presiden Madagascar, George Padmore.

"Negara-negara Afrika tidak suka berkongsi kuasa tetapi perlu melakukannya demi rakyat kami. Kami gembira dapat mendengar ucapan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengenai perkongsian kuasa.

"Ia berupa cadangan yang kami dapat jadikan sebagai contoh di negara kami.

Sepertimana kata Perdana Menteri bahawa anda mempunyai tiga kumpulan etnik untuk berkongsi kuasa, satu kumpulan etnik tidak mendominasi etnik lain, ini adalah konsep penting yang kami boleh belajar daripada Malaysia,” katanya kepada Bernama

Padmore berkata demikian semasa mengulas ucaptama Najib pada forum antarabangsa UMNO bertema “Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global” di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment