My Add

Tuesday, 29 November 2011

Pemimpin politik dunia perlu amal nilai-nilai murni - TPM

KUALA LUMPUR, SELASA 29 November, 2011:
TAN Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, pemimpin politik perlu terus mencontohi nilai-nilai murni yang diamalkan nenek moyang mereka bagi memastikan kejayaan perubahan politik, ekonomi dan sosial di pentas global.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka juga perlu menghormati kepelbagaian ketamadunan dan menggalakkan hubungan kejiranan baik dengan menghormati pilihan masing-masing dalam soal pembangunan dan usaha menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial serta meningkatkan kehidupan rakyat.

"Kita perlu terjemahkan kepelbagaian di dunia kita kepada kuasa pemacu bagi perubahan dan kerjasama lebih dinamik, meningkatkan persefahaman bersama dan kepercayaan dan bawa kerjasama kita ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada majlis penutup forum antarabangsa bertema Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global sempena Perhimpunan Agung UMNO, di sini.

Timbalan Perdana Menteri turut berkata, parti-parti politik dunia juga perlu melakukan perubahan terhadap corak pembangunan dan menggalakkan pembangunan menyeluruh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment