My Add

Monday, 28 November 2011

Politik moden perlu interaksi langkau hubungan rasmi

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 November, 2011:
DUNIA politik moden memerlukan interaksi melangkaui hubungan rasmi barisan pemimpin kerajaan yang melibatkan tokoh-tokoh masyarakat, pemimpin politik dan media, kata Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Oleh sebab itu, kita perlu belajar dan berkongsi antara sama lain. Inilah sebab utama mengapa forum ini bertajuk “The Politics of Economic and Social Transformation in The Era of Global Crisis” (Transfromasi Politik Ekonomi dan Sosial dalam Era Krisis Global).

"Forum ini pastinya akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk kita berinteraksi melangkaui daripada kebiasaan hubungan dua hala dan pelbagai hala kerajaan dengan kerajaan,” katanya dalam ucapan alu-aluannya pada forum antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucaptama forum itu.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, forum dua hari itu berfungsi sebagai landasan bagi para peserta untuk belajar daripada pengalaman satu sama lain dalam mengurus cabaran-cabaran di negara masing-masing. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment